Norizs

Norizs

Thursday, August 5, 2010

Utara.FM bersama Norizs di utarakan oleh DJ rumputt







Sesi temubual yang dijalankan oleh Utara.FM bersama Norizs yang mana DJ rumputt menjadi pengantara (penyampai bertugas) merupakan sejarah tersendiri di Utara.FM. Norizs, 26 yang juga merupakan usahawan salon kecantikan di Beringgis, Papar telah dengan yakin menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Sesi yang bermula seawal jam 8.30 malam itu menampilkan Norizs di webcam chat Utara.FM yang mana pendengar yang masuk ke ruang tersebut dapat melihat Norizs dengan jelas dan mengenali Norizs dengan lebih dekat.
Dalam temubual tersebut, Norizs memberitahu bahawa dia pernah mengikuti kursus vokal dan beberapa pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Minat untuk terus memperkembangkan bakat sedia adanya terus terasah dan pada ketika ini sedang dalam proses untuk melancarkan album pertamanya yang berkonsepkan balada.
Bercinta? “No komen”, itulah jawapan awal dari artis cantik molek ini. Walau bagaimanapun, setelah diberikan soalan perangkap oleh DJ rumputt, Norizs sejujurnya mangatakan bahawa dia pernah bercinta semasa tahun satu dengan nada berjenaka.

No comments: