Norizs

Norizs

Monday, November 29, 2010

Perlancaran Album Sulung Norizs "Dia Wanita" pada 5/12/2010 (ahad) ini di Hyat Hotel KK,sabah.





SalaM satu malaysia dan satu dunia kepada semua walau dimanapun berada, disini Norizs ingin mengumumkan berkaitan Pelancaran Album sulung Norizs setelah sekian hampir dua tahun meneruskan usaha dalam melahirkan Album "dia wanita".
Dia wanita...merupakan album yang norizs dan ibu norizs terbitkan..di atas keberanian setelah sekian lama hampir 3tahun norizs memulakan detik-detik mencari kelemahan dan kelebihan yang tersimpan dan yang terkeluar...melalui semangat yang takkan mengalah.
di sana ibu norizs mula melihat akan kepayaan dan kesungguhan norizs sehinggalah ibu membantu norizs bagi merialisasikan impian norizs, kejayaan norizs takkan mencapai apapun tanpa restu dan bantuan ibu selama ini adalah hadiah paling bermakna buat norizs dan takkan terbayar dengan wang ringgit sekalipun. Disini juga norizs tak lupa kepada rakan-rakan media...dan crew-crew yang banyak memberi support di atas penglibatan norizs dan dalam penyiapan album norizs sehingga mempromosikannya kepada orang ramai, tak dilupa kepada pihak-pihak yang terlibat membantu Norizs dalam penyiapan album sehinggalah untuk penyiapan pelancaran album norizs yg akan berlangsung tidak lama lagi.
Ramai berkata-kata berdebar-debar dan rasa tak sabar pun ada, tetapi adalah menjadi Lumrah hidup sebagai anak seni atau penghibur sesiapa juga sama ada sudah lama atau baru dalam dunia seni ini...memang pasti akan berdebar bila saat penting akan berlangsung tidak lama lagi. sebab saat ini lah yg norizs nanti-nantikan selama hampir 6 tahun norizs bercita-cita mahu menjadi seseorang yang norizs impiankan.
dan bukanlah mudah kita mahu jadi terbaik seperti Insan-insan yang berjaya dalam dunia seni iaitu "dato siti nurhaliza, sheila majid, jamal abdillah dan ramai lagi"..
tetapi cukuplah bagi norizs...bahawa menjadi diri sendiri adalah terbaik...yang diperlukan hanyalah usaha dan menjadi seseorang yang berjaya dalam sesebuah matlamat.
kalau nak di katakan "berjaya" sememangnya norizs belum rasa berpuas hati akan kejayaan yang ada. sebab kejayaan itu merangkumi kepuasan di atas matlamat terulung yang tercapai. Kepada peminat yang selama ini bagi doronggan "support" di atas kehadiran norizs yang masih baru bagi yang baru mengenali norizs...support u all takkan hilang dari ingatan norizs buat selama-lamanya. dan takkan sesekali norizs menjadi "kacang lupakan kulit atau dengan erti lainya bila sampai saja ke kemuncak atas..norizs takkan lupa di bawah daratan...kerana kita semua dari bawah dan tiada bezanya sama ada penyanyi, pelakon, pengacarah atau pemimpin, dan semanggat itu hadir bila kita sedar siapa kita apa tanggungjawab kita pada diri kita dan kepada orang sekeliling kita, "kerana Hidup ini Hanya sekali maka jadilah apa yang terbaik dan apa tersirat di hati kita, sebab tiada paksaan yang mampu melahirkan kejayaan atau kecintaan kita akan sesuatu" sungguhpun begitu norizs takkan lupa segalanya semua ini atas berkat dan pertolongan Allah s.w.t...segala tangisan kegembiraan yang tersembunyi di dalam hati norizs hanya dia yang tahu. syukur yang tiada terbatas.
kata-kata akhir norizs "walaupun norizs berada dimana sekalipun atau di tahap mana sekalipun, di mana norizs berdiri disitulah langit di junjung, dan takkan sesekali norizs lupakan bumi tercinta, dan u all semua adalah anugerah teristimewa buat norizs kerana u all tak berhenti menunggu kejayaan norizs..yang juga merupakan kejayaan u all semua. biarlah rasa pahit manis kegembiraan segala kepayaan selama ini kita rasakan bersama..semuanya terkandung dalam album "dia wanita" u all belilah yang original..jangan support cetak rompak...itu saja mampu norizs katakan di sini.
biarpun berdebar-debar untuk 5 disember ini tetapi rasa tak sabar jumpa u all lagi kuat debarannya. sekian sini sahaja untuk kali ini di blog Noris fan Club!

Pelancaran album sulung norizs " dia wanita ".
(ada 12 lagu karaoke original soundtrack)

Bertempat di Hotel Hyat kk, sabah, malaysia.
di ruang ballroom.

masa: 3 petang - 5.30 petang.

tarikh: 5/12/2010

*ada penjualan vcd album "dia wanita" & free poster .

No comments: