Norizs

Norizs

Monday, December 27, 2010

Norizs Meriahkan FIESTA Bintang Sabah 2010









salam 1 malaysia ya semua.....pening2 lalat juga nie norizs kemarin turun sana tamu dogongan...tak perna pun ke sana...anyway sekali jalan mana bisa di undur balik....so norizs bertahan sampailah jam 8malam...
menunggu ketibaan Y.B Datuk Bolkiah Hj.Islmail (Pembantu Menteri Pelancongan,Kebudayaan & Alam Sekitar)
bagi merasmikan Fiesta Bintang Sabah 2010.
malam tu Norizs pun membuatlah satu lagu utk menjayakan konsert pada malam tersebut...walaupun norizs tak perna lagi jejak kaki di situ tapi norizs tetap gembira saat tu kerna dapat menghiburkan mereka...yang hadirkan diri, terima kasih juga kepada pihak2 yg terlibat menjayakan fiesta tersebut dan juga kepada Tony yang menyelaraskan pogram tersebut. memang seronok...dan terasa tersentuh hati apabila mendengar perbicaraan dialog berkenaan nasib artis2 di sabah amnya, serta pengiat seni yang lain. memang kalau bukan minat mereka pun pasti takkan bertahan lama, Bak kata pepatah (dahan yang patah akan tumbuh berganti, yang hilang pasti ada penganti) norizs hantam saja tu pepatah....ya! maknanya kita semua yang menyemarakkan dan yang menghidupkan seni di sabah ini harus satu padu, berkerjasama, dan bukan bertindak sendirian kalau rasa teraniaya atau tidak di beri hak yang seharusnya, kita semua walaupun lain-lain bangsa..tapi darah sama..kan? hati saja lain-lain, walau hati lain-lain yg penting ada satu perasaan untuk dipupuk bersama "kerjasama untuk menaik tarafkan lagi industri seni kita di sabah " jangan nanti pengiat seni seberang sabah akan memandang rendah kepada kita... ini sebab banyak saya dengar kata-kata yang mengangap sabah teknologi industri seni masih di tahap bawah..dan itu tak kira seni music atau telemovie...so kita kalau dengar kata-kata macam tu ..kita jangan Give up tetapi bakar semangat tu utk bagi naik lagi misi dan cita-cita agar memperbaikinya...segala kata-kata kurang senang kita dengar adakalanya bukanlah membuat kita jatuh tetapi itulah kekuatan kita..kalau kita sedar siapa kita apa patut kita buktikan dan berikan kepada tanah air kita, seni ni bukan sekadar hiburan dan kemasyuran atau pun pengaruh atau apa sajalah...tetapi seni ini boleh kita jadikan haluan untuk kita bantu masyarakat, seperti pogram amal,dll...kerana minat janganlah jadi mangsa tetapi jadilah bangsa yang berguna!!
Salam sayang kepada semua yg setia sama norizs, dan yang sayangkan seni music kita ini...luv u all:)

Monday, November 29, 2010

Perlancaran Album Sulung Norizs "Dia Wanita" pada 5/12/2010 (ahad) ini di Hyat Hotel KK,sabah.





SalaM satu malaysia dan satu dunia kepada semua walau dimanapun berada, disini Norizs ingin mengumumkan berkaitan Pelancaran Album sulung Norizs setelah sekian hampir dua tahun meneruskan usaha dalam melahirkan Album "dia wanita".
Dia wanita...merupakan album yang norizs dan ibu norizs terbitkan..di atas keberanian setelah sekian lama hampir 3tahun norizs memulakan detik-detik mencari kelemahan dan kelebihan yang tersimpan dan yang terkeluar...melalui semangat yang takkan mengalah.
di sana ibu norizs mula melihat akan kepayaan dan kesungguhan norizs sehinggalah ibu membantu norizs bagi merialisasikan impian norizs, kejayaan norizs takkan mencapai apapun tanpa restu dan bantuan ibu selama ini adalah hadiah paling bermakna buat norizs dan takkan terbayar dengan wang ringgit sekalipun. Disini juga norizs tak lupa kepada rakan-rakan media...dan crew-crew yang banyak memberi support di atas penglibatan norizs dan dalam penyiapan album norizs sehingga mempromosikannya kepada orang ramai, tak dilupa kepada pihak-pihak yang terlibat membantu Norizs dalam penyiapan album sehinggalah untuk penyiapan pelancaran album norizs yg akan berlangsung tidak lama lagi.
Ramai berkata-kata berdebar-debar dan rasa tak sabar pun ada, tetapi adalah menjadi Lumrah hidup sebagai anak seni atau penghibur sesiapa juga sama ada sudah lama atau baru dalam dunia seni ini...memang pasti akan berdebar bila saat penting akan berlangsung tidak lama lagi. sebab saat ini lah yg norizs nanti-nantikan selama hampir 6 tahun norizs bercita-cita mahu menjadi seseorang yang norizs impiankan.
dan bukanlah mudah kita mahu jadi terbaik seperti Insan-insan yang berjaya dalam dunia seni iaitu "dato siti nurhaliza, sheila majid, jamal abdillah dan ramai lagi"..
tetapi cukuplah bagi norizs...bahawa menjadi diri sendiri adalah terbaik...yang diperlukan hanyalah usaha dan menjadi seseorang yang berjaya dalam sesebuah matlamat.
kalau nak di katakan "berjaya" sememangnya norizs belum rasa berpuas hati akan kejayaan yang ada. sebab kejayaan itu merangkumi kepuasan di atas matlamat terulung yang tercapai. Kepada peminat yang selama ini bagi doronggan "support" di atas kehadiran norizs yang masih baru bagi yang baru mengenali norizs...support u all takkan hilang dari ingatan norizs buat selama-lamanya. dan takkan sesekali norizs menjadi "kacang lupakan kulit atau dengan erti lainya bila sampai saja ke kemuncak atas..norizs takkan lupa di bawah daratan...kerana kita semua dari bawah dan tiada bezanya sama ada penyanyi, pelakon, pengacarah atau pemimpin, dan semanggat itu hadir bila kita sedar siapa kita apa tanggungjawab kita pada diri kita dan kepada orang sekeliling kita, "kerana Hidup ini Hanya sekali maka jadilah apa yang terbaik dan apa tersirat di hati kita, sebab tiada paksaan yang mampu melahirkan kejayaan atau kecintaan kita akan sesuatu" sungguhpun begitu norizs takkan lupa segalanya semua ini atas berkat dan pertolongan Allah s.w.t...segala tangisan kegembiraan yang tersembunyi di dalam hati norizs hanya dia yang tahu. syukur yang tiada terbatas.
kata-kata akhir norizs "walaupun norizs berada dimana sekalipun atau di tahap mana sekalipun, di mana norizs berdiri disitulah langit di junjung, dan takkan sesekali norizs lupakan bumi tercinta, dan u all semua adalah anugerah teristimewa buat norizs kerana u all tak berhenti menunggu kejayaan norizs..yang juga merupakan kejayaan u all semua. biarlah rasa pahit manis kegembiraan segala kepayaan selama ini kita rasakan bersama..semuanya terkandung dalam album "dia wanita" u all belilah yang original..jangan support cetak rompak...itu saja mampu norizs katakan di sini.
biarpun berdebar-debar untuk 5 disember ini tetapi rasa tak sabar jumpa u all lagi kuat debarannya. sekian sini sahaja untuk kali ini di blog Noris fan Club!

Pelancaran album sulung norizs " dia wanita ".
(ada 12 lagu karaoke original soundtrack)

Bertempat di Hotel Hyat kk, sabah, malaysia.
di ruang ballroom.

masa: 3 petang - 5.30 petang.

tarikh: 5/12/2010

*ada penjualan vcd album "dia wanita" & free poster .

Friday, November 19, 2010

NorizsFanCluB akan menganjurkan pogram akitivi dan birtday party yang ke 27...



Kepada yang kaki Climbing Wall di luar sana jom sertai Pertandingan Rock Climbing wall yang di adahkan di Kk adventure jalan papar, melingsung.
Sertai kami utk Birtday party Norizs yg ke-27 (12-12-2010) ahad jam 11 pagi- 5.30ptg.....

ini adalah acara2 "Go go go Climbing Wall"

*acara pertandingan Climbing wall
*Acara pertandingan Tarik Tali (by Group team)
*acara pertandingan karaoke
*acara si Buta.
*sesi bergambar bersama Norizs &team!
*BIRTDAY PARTY "norizs ke-27"

*jualan Vcd "Dia wanita" akan di buat pada masa acara tersebut!$39.90 free poster

~RM50.00 (setiap peserta)
call@sms: 0168118135 (crew ajk) @ 0165886065 (crew ajk)
bankin ke maybank (160184011036 )

*sila bawa resit pembayaran anda semasa acara tersebut utk pendaftaran.*
sila klik acara di bawah dan bawa resit pembayaran semasa hadir acara. Sms nama anda ke number 0165886065. setelah buat pembayaran. TQ
Jumpa di sana!!!!

sila klik :

http://www.facebook.com/event.php?eid=138666916182630

Monday, November 1, 2010

Norizs buat class asas facial& party 31 oktober 2010




salam satu malaysia kepada semua peminat, rakan,dan para pembaca blog ini, di sini Norizs kongsikan aktivi yang norizs buat di Beauty House norizs dalam minggu ini, sepanjang perjalanan kelas memang memberikan kenangan yang indah ....buat norizs juga para peserta.. di masa kelapangan norizs cuba memberi tumpuan sedikit kepada perniagaan norizs. walaupun masih baru tapi Alhamdullilah mendapat sambutan ramai di kalangan rakan-rakan dan pengunjung yang merupakan pelangan utama beauty house norizs, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan wajah,badan, andaman pengantin, juru runding make-up,dll, selain itu kami mengadahkan kelas-kelas khas utk wanita menjaga kecantikkan.
sepanjang perjalanan hidup ini emmang tiada yang mudah, dan bukanlah sukar kalau kita benar-benar inginkannya "tepuk dada tanyalah selera".
Norizs bersyukur di atas kedudukan perniagaan dan kerjaya norizs sebagai anak seni yang mana semuanya atas sokongan ibu norizs, dan rakan-rakan yang mengenali norizs " memang norizs degil keras kepala..tapi semua itu untuk sebuah matlamat, takkan peluang itu berguling ke arah kita kalau kita tidak mencarinya.."
salam sayang dari Norizs..untuk tatapan blog "Norizs fc" kali ini:)
sokongan anda semua maat saya hargai:)

KelaS Asas Facial & Make-up & Personaliti Imej.


Bertempat di: Norizs Beauty House.

Tarikh : 31/oktober/2010.

(Bermula : 9.00 pagi – 5.00 ptg)


Friday, October 22, 2010

Cerita si kambing2. 4 all my fans:)


salam 1 malaysia, salam rindu sama semua rakan2 dan peminat(penyokong kuat sya)...sekian lama sya senyap ndak aktifkan blog nie...rindu pula..oleh kerana masih kesibukan sya menjaga perniagaan saya "norizs beauty house" yg terletak di beringges beach resourt jalan pantai melingsung.kampung beringges sabah... manakala lagi kesibukan sya membuat persediaan vocal utk pelancaran album sulung saya "dia wanita" bulan depan (novemver 2010) maka tak tercetus idea sya nak coretkan karya seni atau luahan isi hati pada u all disini..
cuma ini saja dapat norizs kongsikan sebuah kisah lucuh...yg norizs terbaca...
bah kamu senyum tu jangan lebih-lebih ya...jangan lupa ikuti lagi pkembangan norizs akan datang..
untuk info..norizs akan membuat show di Tuaran sabah "sempena anti dadah" salam sayang ~Norizs cayang kamu...!

kisah : Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?" www.familiazam.com
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih" www.familiazam.com
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." www.familiazam.com
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama." www.familiazam.com
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)
~tamat~

Thursday, October 7, 2010

Norizs di windbel "sambut aidifitri dgn utara fm n jebat" makan steam boat..






















Salam 1 malaysia semua, dan salam sayang Rindu buat semua rakan2, dan NR fans ( Norizs Rizs)...rasanya sudah lama Norizs tak create blog nie...mesti u all tertunggu album "Dia wanita" norizs...sekarang untuk pengetahuan u all kami sedang atur beberapa pihak untuk memberi kerjasama kepada NR production....memberi beberapa support agar senang kami membuat kerja2 kami untuk persediaan pentas dll. Berkemungkinan kami akan buat secara open show....
insyaallah harap tiada apa-apa halangan...dan semua berjalan lancar. dan semasa seminggu nie kami sedang menunggu proses penapisan utk Vcd album...mengambil masa seminggu lagi..
memang bukan mudah menghasilkan sebuah Album pertama mana lagi ia merupakan Vedioklip dan memerlukan beberapa prosuder penting seperti Finaz, dan berbagai2 lagi perkara kami kena lalui...syukurlah tiada masalah sepanjang proses tersebut cuma tunggu masa saja. Kalau sudah selesai perkara2 urusan Norizs and krew berkenaan album dan penjualan....Norizs akan pastikan NR Productions akan mengaktifkan NorizsfanClub utk menganjurkan beberapa aktiviti berguna..dan kami akan berusaha bergabung dengan agensi2 lain serta artis2 jemputan khas... bagi memeriahkan lagi acara2.

Emmmm...gambar yang norizs upload disini adalah gambar semasa norizs menghadirkan diri bersama anak buah norizs "anum". di sebuah acara pogram bersama utara Fm dan jebat...sempena aidilfitri..tema pun pakai baju raya....:) seronok ...time tu..
kami orang makan steam boat ramai2...bagi mengeratkan lagi silaturrahim...tak kira lah apa bangsa apa agama..dari mana semua macam famili....

dan kalau u all nak tahu lebih lanjut....nantikan cerita terbaru dari norizs di blog ini di masa akan datang..:) salam rindu sayang yang tak terhingga untuk u all yang sporting tunggu album dan kemunculan norizs di pentas....sabar ya....pasti akan buat yang terbaik ...doa kalian amat bermakna buat norizs & krew...Luv u all salam bye:)